Kegunaan buah Buah

Khasiat

Khasiat buah-buahan adalah berbeza berdasarkan faktor-faktor berikut:

  • Jenis buah, bukan sahaja dari segi spesies tetapi juga pada peringkat kultivar atau varieti.
  • Kesegaran buah.
  • Buah muda, ranum atau terlalu ranum.
  • Baja atau nutrien yang terdapat di dalam tanah di sekitar akar pokok.
  • Keadaan cuaca, sama ada mencukupi atau tidak mencukupi keperluan pokok.
  • Cara penyediaan buah:
    • Dimakan segar atau mentah.
    • Dimakan bersama kulit atau tidak.
    • Jangka masa buah dimakan; dibiarkan dahulu atau terus dimakan setelah dikupas.
    • Jika dibuat jus segar, perlu dikenal pasti sama ada jus diminum terus atau disimpan berjam-jam di dalam peti sejuk sebelum diminum.
    • Jika bukan buah segar, perlu dikenal pasti cara penyediaan, berapa lama disimpan serta keadaan di sekeliling tempat simpanan.